JoM KLik!!!

Showing posts with label JOM MASAK. Show all posts
Showing posts with label JOM MASAK. Show all posts

Wednesday, 15 April 2015

begedil sempoi



bawang merah/bwg besar sebijik(yg besar)
ubi kentang 2 biji (yg besar)
daun sup 
daun bawang
kiub ayam
lada hitam
lada putih
carrot
sebiji telur
tepung ubi/jagung

-rebuskan ubi kentang..bila masak toskan dan tumbuk dengan lesung batu
-bawang dihiris nipis(nak goreng pon boley)
-daun sup..daun bawang dihiris halus
-carrot di dadukan kecik2
-campurkan semua di dalam bekas..
-masukkan lada hitam..lada putih..garam..kiub ayam sikit(lau nak pakai ayam fresh pon boleh..potong kecik-kecik)
-masukkan kuning telur
-tepung ubi 1 sudu..
-gaulkan semua bahan di atas

begedil akan lembik..tapi tak per..asal boleh di bentuk..jangan di tambah gandum banyak sangat..nanti begedil keras..bentuk kan bulat-bulat..kemudian simpan di dalam peti ais..

gorengkan dalam minyak yang banyak..jangan goreng banyak-banyak dalam satu masa..

bila nak goreng celupkan begedil ke dalam putih telur yang telah di pukul..ketika ini bentukkan la cantik-cantik..dah goreng..siap..makan lerrr..

Tuesday, 7 April 2015

MEE KARI




Bahan2
Empat sekawan,
2 biji bwg besar,(kisar)
4ulas bwg putih,(kisar)
Seinci halia( kisar)
1 sdb cili kisar( nak pedas letak lebih)
1 paket kecik rempah kari daging,
1 sdk serbuk kunyit,
1 kotak santan 200 ml
1 Biji kentang di rebus dan tumbuk
ayam(ikut suka byk mana)
fishcake( ikut suka)
Kerang (ikut suka)

Sepeket mee kuning dicelur,
Segenggam tauge dicelur,
Bahan sampingan,
Tauhu digoreng dan didadu,
Telur rebus belah dua,
Daun bawang dipotong kecil,

Caranya,
Panaskan minyak dan masukkan empat sekawan kemudian tumiskan bahan kisar dan rempah kunyit setelah pecah minyak masukkan cili kisar
dan tumis hingga naik bau... Masukkan rempah kari dan secawan air.. tumis lagi hingga naik bau... Kemudian masukkan santan kotak dan tiga cwn air lagi.... Masukkan ayam.. fishcake dan kerang..masukkan kentang yang di tumbuk untuk pekatkan kuah..garam gula siap.nak lebih sedap masukkan seketul kiub pati ayam..

kek batik cepat dan mudah



biskut marie 1 paket
susu pekat 1 tin
mentega 1/2 ketul
telur 3 biji -pukul
koko 1 cawan
air suam 2 tin (pakai tin susu tadi)

caranya..
cairkan mentega
campurkan koko..susu..telur
kacau sampai pekat
patahkan biskut..masuk dalam adunan
tekan-tekan dalam acuan..

Thursday, 2 April 2015

cekodok pisang mudah giler




Pisang masak ranum
Tepong gandum
Secubit soda bikarbonat
Sedikit gula pasir
Secubit garam. 

Jemput kawan-kawan...

RESEPI IKAN MASAM MANIS


Bahan-bahannya :
● 1 ekor ikan kerapu/siakap/bawal/suka hati korang lah
● 2 biji tomato - dipotong dadu
● 1 batang karot - dipotong dadu
● 1 biji timun - dipotong dadu
● 1 labu bawang besar - dipotong bulat
● 5 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
● 1 labu bawang besar - dipotong dadu
● 1/2 inci halia - dihiris nipis
● 2 sudu besar sos tiram
● 1/2 cawan sos cili
● 1 susu kecil tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
● Serbuk kunyit dan 2 sudu tepung jagung
● Garam dan gula
● Air
● Minyak
Cara-caranya :
1. Bersihkan ikan, kemudian lumurkan dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng deep fry dan goreng ikan sehingga garing. Gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit/hangus. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak(ambil minyak gorengan tadi) dan tumis bawang putih, bawang besar yang dipotong dadu dan halia sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan sos dan tomato, karot, timun dan bawang hiris serta bahan sos. Kacau sebati, kalau ingin berkuah, masukkan sedikit air.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah) dan kacau sebentar.
6. Angkat dan bolehlah dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Boleh hiaskan dengan potongan daun bawang dan sup.
Sedia untuk dihidangkan.

RESEPI IKAN TENGGIRI ASAM PEDAS




Bahannyo:

● 2-3 keping potongan ikan tenggiri
● 5 ulas bawang merah – ditumbuk
● 1 ulas bawang putih – ditumbuk
● 1 inci kunyit hidup – ditumbuk
● 1 batang serai – dititik
● Sedikit belacan
● 4 sudu besar cili kisar
● 1/2 cawan air asam jawa
● 2 cawan air biasa
● 8 tangkai daun kesum
● 1 kuntum bunga kantan – dibelah dua
● 5 biji bendi
● 1 biji tomato – dihiris
● Garam dan gula
Cara memasaknya :
1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan belacan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis seketika.
2. Masukkan air biasa dan air asam jawa. Kacau sekata dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan tomato. (untuk bendi dan tomato, boleh masukkan kemudian)
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan siap untuk dihidangkan.

POTATO FRITTERS



3 biji kentang (sagat halus)
4 sudu makan tepung jagung
3 sdm tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah

kiub pati ayam sikit(lau tak nak pon no hal)
Garam
Minyak masak 
Cara2nya
~ satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam,...gaul sebati
~panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap

Sedap dimakan bersama sos

agar agar‬ santan gula merah



Bahan bahan
10gm serbuk agar agar
1cwn gula merah
1/2cwn gula halus
1liter air(5 cawan)
2cwn santan pekat dari sebiji kelapa
1biji telur dipukul dgn santan tadi
Secubit garam
1helai daun pandan
Cara buat
-masak air dgn gula,daun pandan(selepas gula larut,, tapis...
-masukkan serbuk agar2 kacau sampai larut dan mendidih..
-Pukul telur dan santan dgn whisk
-kemudian tuangkan campuran santan dan telur,garam dan kacau terus sehingga mendidih...
-Bila masak tuang dalam loyang... Sejuk dalam peti ais... Dah keras ngapp..

Wednesday, 1 April 2015

Pandan muffin



Bahan2
360gm mentega
280gm gula halus
4 sudu teh baking powder
450gm tepung gandum
80ml susu cair
80ml whipping cream
4 biji telur
2 sudu besar paste pandan
4 sudu teh esen vanilla
Cara buat :
1. Pukul mentega dgn gula sampai gebu dan putih kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan pula esen vanilla dan paste pandan.kacau sebati kemudian masukkan adunan tepung dan baking powder (d ayak bersama) selang seli dgn campur whipping cream dan susu cair. Putar seketika.
3. Isikan adunan ke dalam muffin cup dan masak dalam ketuhar dgn suhu 180 darjah Celsius selama 20 miniy hingga 25 minit

Selamat mencuba!!!

apam nasi



Bahan-bahannya. 
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara 
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

SAMBAL BELACAN MASAK


Bhn2 ;
5 biji cili basah Merah
12 tangkai cili padi
2 labu bawang Merah Besar
2 Ulas bawang putih
segenggam ikan bilis kopek
1 biji tomato yg besar
3 inci belacan
√ Goreng kesemua bhn2 satu persatu hingga garing & layu..
√ blend dgn sdikit minyak..garam.. hingga halus ..

** Boleh di jadikan perencah untuk menggoreng mee...nasi..sayur....
selain bahan perapan untuk ikan bakar ...

**simpan sambal ini dalam botol kaca & dalam peti ais agar sambal ini tahan lebih lama ..
Selamat Mencuba !

Puding cocktail simple


Bahan - bahan :
1 tin susu cair
1 tin buah cocktail
3 cawan gula
1 peket agar2
1.5 litre air masak
3 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
Cara membuat
1. Masak agar-agar dengan air masak, sampai sebati.
2. Kemudian masukkan gula. Kacau sehingga sebati.
3. Sementara itu, campurkan tepung kastard dgn susu cair. Kacau hingga sebati, dan tuangkan kedalam adunan agar2 di atas dapur, kacau sehingga mendidih.
4. Letak secubit garam.
5. Masukkan buahan cocktail dalam loyang (tapis air). Kemudian tuang adunan agar2 ke dalam loyang.


CHEESECAKE FLAN




Caramel
3/4 cawan gula - boleh kurangkan jika suka
Loyang 8 atau 9 inci bulat
Masukkan gula ke dalam loyang. Dengan api yang kecil, panaskan gula hingga larut dan menjadi caramel. Jangan panaskan terlalu lama sebab nanti gula akan jadi pahit. Ketepikan. Caramel akan menjadi keras. Biarkan.

Cheese 
8 biji kuning telur
1/2 cawan susu segar/susu cair
1 sudu teh esen vanilla
400 gm susu pekat manis
1 tin susu sejat (evaporated milk)
250 gm cream cheese - suhu bilik
1/4 cawan gula 
1/4 sudu teh garam
4 biji putih telur

CARA2NYA:-
1. Di dalam sebuah bekas yang besar, pukul kuning telur sekejap saja dengan hand whisk. Kemudian, tuangkan susu cair dan esen vanilla & kacau hingga rata.
Masukkan pula susu manis dan susu sejat. Kacau hingga rata. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan mixer, pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan gula dan garam & pukul lagi hingga berkrim. Tak perlu lama2 sangat. Matikan mixer.
3. Panaskan oven pada suhu 160°C.
4. Dengan menggunakan hand whisk, masukkan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan cream cheese tadi. Pukul hingga sebati dan licin.
5. Perlahan2 tuangkan adunan cheese ke dalam adunan susu tadi sambil digaul hingga sebati.
6. Tapiskan adunan ke dalam loyang berisi caramel tadi.
7. Isikan air ke dalam sebuah loyang yang lebih besar. Masukkan loyang berisi adunan ke dalam loyang tadi.
8. Bakar (160°C) secara steam bake selama 1 jam 45 minit hingga permukaan kek berwarna perang atau sehingga masak.
9. Jika selepas 1 jam, permukaan flan mula bertukar warna, ambil sekeping aluminium foil dan letakkan di atas loyang untuk mengelakkan flan cepat hangus.
10. Bila dah masak, buka pintu oven dan biarkan flan di dalam oven selama 1/2 jam.
11. Keluarkan dan biarkan ia sejuk pada suhu bilik.
12. Tutup dengan plastik atau aluminium foil dan simpan dalam fridge sekurang2nya 3 jam.
13. Selarikan tepi loyang dengan pisau untuk memudahkan flan keluar dari loyang. Terbalikkan loyang di atas pinggan dan angkat loyang perlahan2. Hidangkan.

asam pedas ayam senang




Seekor ayam di potong
Blend :-
Sebiji bawang besar
2 batang serai
3 ulas bawang putih
2 inci belacan
Seinci kunyit hidup
Cili kering
Tumis bahan yang di blend hngga naik mnyk
Masukkan ayam,air asam jawa,bunga kantan,daun kesom,
Masukkam garam dan sedikit gula melaka (secukup rasa)
Masak seketika hngga ayam empuk
Kemudian masukkan bendi
Masak sekejap
Siap

Monday, 30 March 2015

Sambal Bilis Bersantan kelantan





1. Segengam ikan bilis (basuh dahulu)
2. Tumis bahan blender (cili kering, bawang merah, bwg putih, seinci halia)
3. Selepas naik bau, terus masuk ikan bilis dan tunggu hingga menggelegak
4. Masukkan santan dan masukkan serai yg dititik dan carik2kan
5. Letak garam dan gula/nise/gula melaka secukup rasa.
6. masukkan asam keping

Selamat mencuba !!!

Kuih belimbing



1cwn tepung gandum
1cwn air
1camb mentega
1camb gula 
1biji telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna hijau


Cara;
Didihkn air bersama gula,mentega dn esen vanila.
Dah mendidih tambah pewarna hijau...
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit..
Kacau laju dan jagan berhenti....
Dah sebati masukkan telur yAng telah dipukul ,kacau lagi hingga sebati..tutup api..
bila adunan dah suam atau sejuk cikit,masukkan dlm acuan samperit dan tekan..
kemudian goreng hgga garing..
Dah sejuk tabur sugar hokey..yummy..

Sup kentang mabeles




:kentang 2 bji 
:bawang putih 2 ulas
:kiub ayam
:susu segar@ cair setengah cawan
:oregano leave
:sedikit serbuk lada sulah
: kalau ade cendawan lagi sedap
*kupas kentang dan rebus smpai empuk..dah empuk buang air dan blend bersama susu.bawag putih dan kiub ayam..masak atas api sederhana dan tambah air...masukkan oregano dan garam halus sikit .dan serbuk lada sulah.masak smpai pekat

Resepi siakap kukus Thai



Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
2 labu bawang besar
2 biji tomato
3 tangkai cili kering
5 biji asam boi
5 biji cendawan butang
1 batang lobak merah
3 inci halia- dihiris nipis
2 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam
Sedikit air
Cara menyediakannya:
1. Bersihkan ikan bawal dan kelar
2. Kemudian masukkan ikan kedalam bekas kukus
3. Campurkan bahan lain bersama sedikit air
4. Kukus hingga masak
5. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba!

Puding Roti Bakar


bahan-bahan :
roti (ikut suka nak letak banyak mana)
2 biji telur
kismis
1/2 cawan gula (nak manis boleh letak lebih)
1 sudu besar butter (cairkan)
1 sudu teh esen vanilla
230 ml fresh milk
1 sudu besar susu pekat

cara-cara :
1) potong roti kepada 4 bahagian, roti tersebut perlulah disusun di dalam loyang.dah susun elok-elok bolehla tabur kismis di atas roti tadi.
2) masukkan butter yang telah dicairkan tadi.ketepikan.
3) pukul gula,telur,fresh milk,susu pekat dan esen vanilla sehingga sebati kemudian tuang adunan yang telah dipukul tadi ke dalam loyang yang berisi roti.
4) biarkan adunan tadi menyerap sebentar ke dalam roti.agak-agak dah serap boleh la masukkan loyang tersebut ke dalam oven.bakar selama 20-25 minit (suhu 180 c).
5) sedia utk dihidangkan.

Resepi cekodok labu






Sebelah Labu dibersihkan dan direbus sehingga empuk+secubit garam

Toskan dan  lenyek+gandum 2 cawan+gula 3sudu

Sedia utk digoreng....
*nak tambah telur pun boleh.
*labu lagi sedap jika diparut....