JoM KLik!!!

Monday, 30 March 2015

Sambal Bilis Bersantan kelantan





1. Segengam ikan bilis (basuh dahulu)
2. Tumis bahan blender (cili kering, bawang merah, bwg putih, seinci halia)
3. Selepas naik bau, terus masuk ikan bilis dan tunggu hingga menggelegak
4. Masukkan santan dan masukkan serai yg dititik dan carik2kan
5. Letak garam dan gula/nise/gula melaka secukup rasa.
6. masukkan asam keping

Selamat mencuba !!!

Kuih belimbing



1cwn tepung gandum
1cwn air
1camb mentega
1camb gula 
1biji telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna hijau


Cara;
Didihkn air bersama gula,mentega dn esen vanila.
Dah mendidih tambah pewarna hijau...
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit..
Kacau laju dan jagan berhenti....
Dah sebati masukkan telur yAng telah dipukul ,kacau lagi hingga sebati..tutup api..
bila adunan dah suam atau sejuk cikit,masukkan dlm acuan samperit dan tekan..
kemudian goreng hgga garing..
Dah sejuk tabur sugar hokey..yummy..

Sup kentang mabeles




:kentang 2 bji 
:bawang putih 2 ulas
:kiub ayam
:susu segar@ cair setengah cawan
:oregano leave
:sedikit serbuk lada sulah
: kalau ade cendawan lagi sedap
*kupas kentang dan rebus smpai empuk..dah empuk buang air dan blend bersama susu.bawag putih dan kiub ayam..masak atas api sederhana dan tambah air...masukkan oregano dan garam halus sikit .dan serbuk lada sulah.masak smpai pekat

Resepi siakap kukus Thai



Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
2 labu bawang besar
2 biji tomato
3 tangkai cili kering
5 biji asam boi
5 biji cendawan butang
1 batang lobak merah
3 inci halia- dihiris nipis
2 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam
Sedikit air
Cara menyediakannya:
1. Bersihkan ikan bawal dan kelar
2. Kemudian masukkan ikan kedalam bekas kukus
3. Campurkan bahan lain bersama sedikit air
4. Kukus hingga masak
5. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba!

Puding Roti Bakar


bahan-bahan :
roti (ikut suka nak letak banyak mana)
2 biji telur
kismis
1/2 cawan gula (nak manis boleh letak lebih)
1 sudu besar butter (cairkan)
1 sudu teh esen vanilla
230 ml fresh milk
1 sudu besar susu pekat

cara-cara :
1) potong roti kepada 4 bahagian, roti tersebut perlulah disusun di dalam loyang.dah susun elok-elok bolehla tabur kismis di atas roti tadi.
2) masukkan butter yang telah dicairkan tadi.ketepikan.
3) pukul gula,telur,fresh milk,susu pekat dan esen vanilla sehingga sebati kemudian tuang adunan yang telah dipukul tadi ke dalam loyang yang berisi roti.
4) biarkan adunan tadi menyerap sebentar ke dalam roti.agak-agak dah serap boleh la masukkan loyang tersebut ke dalam oven.bakar selama 20-25 minit (suhu 180 c).
5) sedia utk dihidangkan.

Resepi cekodok labu






Sebelah Labu dibersihkan dan direbus sehingga empuk+secubit garam

Toskan dan  lenyek+gandum 2 cawan+gula 3sudu

Sedia utk digoreng....
*nak tambah telur pun boleh.
*labu lagi sedap jika diparut....

RESEPI KERABU MANGGA SIAM STYLE



6 biji mangga muda yang kecil (kupas kulit, sagat halus)
3 batang serai (dimayang halus)
4 biji tomato (potong panjang2)
10 tangkai cili padi (potong halus)
1 sudu besar udang kering (cuci, tos dan tumbuk halus)
4 sudu besar kacang tanah (goreng tanpa minyak, tumbuk kasar)
4 biji limau nipis (ambil jusnya)
sos ikan 
gula secukup rasa
Cara Membuatnya :
Campurkan mangga, serai, tomato, cili dan udang kering. Gaul rata.
Perah asam limau, masukkan sos nampla dan perasakan dengan gula.

Tabur kacang tanah atau digaul bersama dengan kerabu.

Saturday, 28 March 2015

PAU SIMPLE TAPI GEBUUU ..





Resepinya (sukatan ikut cawan yg sama)

Bhn A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis kering brand mauripan
2 sdb gula pasir
(Satukan semua dlm satu bekas kacau dan biarkan berbuih. . 5- 6 minit lebih kurang)

Bhn B
4 1/2 cawan tepung gandum (bleh juga guna tpg pau)
3 sdb marjerin(nak guna shortening pun boleh)
2 sdb susu pekat manis
1 1/2 sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh)
(Satukan semua bahan B.. gaul hingga jadi serbuk)

Bahan lain
Beberapa helai kertas yang dipotong 4 segi atau bulat..(untuk lapik pau)
Inti kesukaan
Caranya
Masukkan larutan yis ( bahan A) ke dalam bahan B.. gaul rata dan uli sebati selama 8-10mnt.. kemudian peram adunan dlm bekas bertutup selama 15 minit..  

Uli semula. . . bulat2kan. .ambil satu adunan masukkan inti dan letak atas kertas.. 
peram 15minit..
Sementara tunggu pau naik.. panaskan air kukusan hingga mendidih. .
Bila pau da naik(da cukup 15mnt) kukus selama 7 minit.. guna api besar..

Tips: 
*nak pau cantik licin masa nk kukus air kene btol2 didih jgn buka api tlampau besar.. dah masak jgn trus buka.. perlahankan api angkat periuk pau yg ke 2 tu ltk tepi buka ckit bg wap kuar 2 minit cmtu baru buka insyaallah pau cntik jgn bg air wap titis atas pau.


RESEPI APAM MEKAR



Bahan-bahan :

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh ovalett
1 cawan air ais krim soda (brand F&N)
2 cawan tepung gandum
sedikit esen vanila
Pewarna kesukaan
paper cup

Cara memasak
1. Pukul telur dan gula sampai hancur dan kembang
2. Masukkan ovalett sampai adunan jadi putih gebu
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan air ais krim soda
5. Pukul sebentar then masukkan tepung & pukul sampai sebati
6. Lepas tu bahagikan adunan kepada beberapa bahagian then letaklah colour kesukaan anda
7.Pastu masukkan ke dalam paper cup pastu kukus dalam tempoh 10 minit dengan api sederhana

dah siappp..