JoM KLik!!!

Wednesday, 24 August 2016

Mini Pizza Roti

Mini Pizza Gardenia...yummihhh...
Roti Gardenia secukupnya
Sos spageti Prego
Mayonis
Bawang holland
Sosej
Cheese Mozarella
‪#‎nak‬ tmbah cheesedale pun lagi sodap
Cara:
Letak semua atas roti...lepas tu bakar...sehingga cheese cair...siapppp
Senang kannn...selamat mencuba!!!

Petua di dapur

PETUA MASAKAN
1. Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.
2. Jemput-jemput Sentiasa Lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.
3. Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.
4. Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.
5. Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.
6. Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.
7. Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama
8. Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

Wednesday, 15 April 2015

begedil sempoi



bawang merah/bwg besar sebijik(yg besar)
ubi kentang 2 biji (yg besar)
daun sup 
daun bawang
kiub ayam
lada hitam
lada putih
carrot
sebiji telur
tepung ubi/jagung

-rebuskan ubi kentang..bila masak toskan dan tumbuk dengan lesung batu
-bawang dihiris nipis(nak goreng pon boley)
-daun sup..daun bawang dihiris halus
-carrot di dadukan kecik2
-campurkan semua di dalam bekas..
-masukkan lada hitam..lada putih..garam..kiub ayam sikit(lau nak pakai ayam fresh pon boleh..potong kecik-kecik)
-masukkan kuning telur
-tepung ubi 1 sudu..
-gaulkan semua bahan di atas

begedil akan lembik..tapi tak per..asal boleh di bentuk..jangan di tambah gandum banyak sangat..nanti begedil keras..bentuk kan bulat-bulat..kemudian simpan di dalam peti ais..

gorengkan dalam minyak yang banyak..jangan goreng banyak-banyak dalam satu masa..

bila nak goreng celupkan begedil ke dalam putih telur yang telah di pukul..ketika ini bentukkan la cantik-cantik..dah goreng..siap..makan lerrr..

Tuesday, 7 April 2015

MEE KARI




Bahan2
Empat sekawan,
2 biji bwg besar,(kisar)
4ulas bwg putih,(kisar)
Seinci halia( kisar)
1 sdb cili kisar( nak pedas letak lebih)
1 paket kecik rempah kari daging,
1 sdk serbuk kunyit,
1 kotak santan 200 ml
1 Biji kentang di rebus dan tumbuk
ayam(ikut suka byk mana)
fishcake( ikut suka)
Kerang (ikut suka)

Sepeket mee kuning dicelur,
Segenggam tauge dicelur,
Bahan sampingan,
Tauhu digoreng dan didadu,
Telur rebus belah dua,
Daun bawang dipotong kecil,

Caranya,
Panaskan minyak dan masukkan empat sekawan kemudian tumiskan bahan kisar dan rempah kunyit setelah pecah minyak masukkan cili kisar
dan tumis hingga naik bau... Masukkan rempah kari dan secawan air.. tumis lagi hingga naik bau... Kemudian masukkan santan kotak dan tiga cwn air lagi.... Masukkan ayam.. fishcake dan kerang..masukkan kentang yang di tumbuk untuk pekatkan kuah..garam gula siap.nak lebih sedap masukkan seketul kiub pati ayam..

kek batik cepat dan mudah



biskut marie 1 paket
susu pekat 1 tin
mentega 1/2 ketul
telur 3 biji -pukul
koko 1 cawan
air suam 2 tin (pakai tin susu tadi)

caranya..
cairkan mentega
campurkan koko..susu..telur
kacau sampai pekat
patahkan biskut..masuk dalam adunan
tekan-tekan dalam acuan..

Thursday, 2 April 2015

cekodok pisang mudah giler




Pisang masak ranum
Tepong gandum
Secubit soda bikarbonat
Sedikit gula pasir
Secubit garam. 

Jemput kawan-kawan...

RESEPI IKAN MASAM MANIS


Bahan-bahannya :
● 1 ekor ikan kerapu/siakap/bawal/suka hati korang lah
● 2 biji tomato - dipotong dadu
● 1 batang karot - dipotong dadu
● 1 biji timun - dipotong dadu
● 1 labu bawang besar - dipotong bulat
● 5 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
● 1 labu bawang besar - dipotong dadu
● 1/2 inci halia - dihiris nipis
● 2 sudu besar sos tiram
● 1/2 cawan sos cili
● 1 susu kecil tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
● Serbuk kunyit dan 2 sudu tepung jagung
● Garam dan gula
● Air
● Minyak
Cara-caranya :
1. Bersihkan ikan, kemudian lumurkan dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng deep fry dan goreng ikan sehingga garing. Gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit/hangus. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak(ambil minyak gorengan tadi) dan tumis bawang putih, bawang besar yang dipotong dadu dan halia sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan sos dan tomato, karot, timun dan bawang hiris serta bahan sos. Kacau sebati, kalau ingin berkuah, masukkan sedikit air.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah) dan kacau sebentar.
6. Angkat dan bolehlah dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Boleh hiaskan dengan potongan daun bawang dan sup.
Sedia untuk dihidangkan.