JoM KLik!!!

Wednesday, 1 April 2015

CHEESECAKE FLAN




Caramel
3/4 cawan gula - boleh kurangkan jika suka
Loyang 8 atau 9 inci bulat
Masukkan gula ke dalam loyang. Dengan api yang kecil, panaskan gula hingga larut dan menjadi caramel. Jangan panaskan terlalu lama sebab nanti gula akan jadi pahit. Ketepikan. Caramel akan menjadi keras. Biarkan.

Cheese 
8 biji kuning telur
1/2 cawan susu segar/susu cair
1 sudu teh esen vanilla
400 gm susu pekat manis
1 tin susu sejat (evaporated milk)
250 gm cream cheese - suhu bilik
1/4 cawan gula 
1/4 sudu teh garam
4 biji putih telur

CARA2NYA:-
1. Di dalam sebuah bekas yang besar, pukul kuning telur sekejap saja dengan hand whisk. Kemudian, tuangkan susu cair dan esen vanilla & kacau hingga rata.
Masukkan pula susu manis dan susu sejat. Kacau hingga rata. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan mixer, pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan gula dan garam & pukul lagi hingga berkrim. Tak perlu lama2 sangat. Matikan mixer.
3. Panaskan oven pada suhu 160°C.
4. Dengan menggunakan hand whisk, masukkan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan cream cheese tadi. Pukul hingga sebati dan licin.
5. Perlahan2 tuangkan adunan cheese ke dalam adunan susu tadi sambil digaul hingga sebati.
6. Tapiskan adunan ke dalam loyang berisi caramel tadi.
7. Isikan air ke dalam sebuah loyang yang lebih besar. Masukkan loyang berisi adunan ke dalam loyang tadi.
8. Bakar (160°C) secara steam bake selama 1 jam 45 minit hingga permukaan kek berwarna perang atau sehingga masak.
9. Jika selepas 1 jam, permukaan flan mula bertukar warna, ambil sekeping aluminium foil dan letakkan di atas loyang untuk mengelakkan flan cepat hangus.
10. Bila dah masak, buka pintu oven dan biarkan flan di dalam oven selama 1/2 jam.
11. Keluarkan dan biarkan ia sejuk pada suhu bilik.
12. Tutup dengan plastik atau aluminium foil dan simpan dalam fridge sekurang2nya 3 jam.
13. Selarikan tepi loyang dengan pisau untuk memudahkan flan keluar dari loyang. Terbalikkan loyang di atas pinggan dan angkat loyang perlahan2. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment